Liga Super: Derbi Utara Milik Kedah Selepas Benam Penang FC Di Darul Aman
Dunia
Kedah darul Aman FC
Advertisements

Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya kembali mencipta kemenangan dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Penang FC 1-0 dalam aksi yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Aksi bermula dengan agak perlahan kerana hujan lebat yang turun sedikit sebanyak mengganggu ketepatan hantaran dan corak permainan kedua-dua pasukan.

Walaupun kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan untuk mendapatkan gol namun kedudukan kekal terikat tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, perlawanan lebih dikuasai pasukan Kedah dengan mereka saling bertukar-tukar hantaran pendek.

Selepas beberapa siri serangan yang berjaya dikekang pertahanan lawan, Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-56 melalui Ronald Ngah Wanja selepas penyerang berbisa itu menerima hantaran lolos dari Al-Hafiz Harun.

Tersentak dengan gol itu, Penang menggandakan asakan dalam usaha mereka menyamakan kedudukan. Peluang terbaik mereka hadir melalui Lucas Silva pada minit ke-68 yang merembat leret dari luar kotak penalti namun hanya sedikit tersasar.

Advertisements

Minit ke-87, Ngah Wanja hampir menggandakan kedudukan buat Kedah namun rembatan beliau tersasar walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Penang, Hafizul Hakim.

Kedudukan kekal 1-0 memihak pasukan Kedah sehingga tamat masa permainan. Kemenangan ini sudah tentu ditagih Kedah selepas mereka gagal menang dalam 3 aksi terakhir liga. Manakala kekalahan yang menimpa Penang pula merupakan kekalahan kali ketujuh berturut-turut dalam saingan liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram