Liga Super: ‘Derbi Utara’ Milik Kedah, Dua Gol Ngah Wanja Meranapkan Malam Penang
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Perlawanan Liga Super ini digelar ‘Derbi Utara’ yang menemukan dua pasukan dari utara semenanjung Malaysia iaitu Kedah Darul Aman FC dan Penang FC. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Kedah dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

Kedah memulakan perlawanan dengan positif dan mereka mempunyai peluang keemasan seawal minit ke-2 melalui sepakan percuma Syafiq Ahmad namun rembatannya menggegar palang dan susulan daripada Ngah Wanja berjaya dikeluarkan pertahanan.

Selang 3 minit selepas itu Penang juga berpeluang untuk mendahului melalui Endrick Dos Santos namun rembatan dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

Advertisements

Kedah dilihat menguasai permainan untuk 15 minit pertama dengan mereka lebih banyak menggunakan kelajuan yang dimiliki Fayadh Zulkifli yang berada di posisi sayap kiri.

Pasukan Penang akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-16 melalui Hilal Al-Helwe. Segalanya bermula daripada larian deras Saravanan di sayap kiri. Saravanan yang jauh meninggalkan Marc Vales melakukan hantaran pendek dan tepat kepada Hilal. Hilal mudah menolak masuk untuk menjadikan kedudukan 1-0 memihak Penang.

Ketinggalan 0-1, Kedah mula mengatur beberapa siri serangan dan Al-Hafiz Harun hampir menjaringkan gol buat Kedah pada minit ke-23 namun rembatan deras dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar Khatul Anuar di gawang Penang.

Advertisements

Ngah Wanja juga berpeluang untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-28 namun tandukan jarak dekat beliau berjaya sekali lagi diselamatkan dengan cemerlang oleh Khatul Anuar.

Pada penghujung separuh masa pertama, Syafiq Ahmad melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti namun berjaya diselamatkan penjaga gol.

Selepas percubaan tersebut, tiada lagi percubaan merbahaya yang dilancarkan oleh kedua-dua pasukan. Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan 1-0 memihak tuan rumah, Penang.

Advertisements

Babak kedua bersambung dengan Kedah melakukan satu pertukaran dalam usaha mendapatkan gol penyamaan manakala Penang memilih untuk mengekalkan barisan pemain yang sama tanpa melakukan sebarang pertukaran.

Pada minit ke-50, Fayadh hampir menyamakan kedudukan buat Kedah namun rembatan beliau dalam kotak penalti mudah ditangkap penjaga gol.

Kedah dihadiahkan penalti pada minit ke-61 selepas Ngah Wanja dijatuhkan di kotak penalti. Ngah Wanja yang mengambil sepakan penalti mudah menewaskan Khatul Anuar untuk menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Advertisements

Serangan Kedah berterusan dan akhirnya Kedah berjaya mendapatkan gol kedua sekali lagi menerusi Ngah Wanja pada minit ke-66. Ianya terhasil melalui satu serangan balas pantas yang dimulakan oleh Fadzrul Danel. Danel melakukan satu lorongan menarik mencari Ngah Wanja yang tidak menunggu lama untuk melakukan rembatan menewaskan penjaga gol. Kedah menjadi 2-1 memihak Kedah.

Ngah Wanja hampir meledak hatrik pada minit ke-72 namun rembatan jarak dekatnya lemah dan berjaya dihalang penjaga gol.

Hilal Al-Helwe hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-81 namun peluang keemasan itu tidak digunakan sebaiknya selepas rembatan deras beliau tidak menemui sasaran.

Tiada percubaan merbahaya selepas itu selepas pergerakan bola dilihat berjaya dipatahkan oleh kedua-dua pasukan. Perlawanan akhirnya ditamatkan selepas 4 minit masa tambahan dan kemenangan berpihak kepada pasukan Kedah dengan keputusan 2-1 menewaskan Penang.

Dengan kemenangan ‘Derbi Utara’ ini, Kedah kini naik ke kedudukan kedua Liga Super dengan mengumpul 12 mata berkongsi mata dengan pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) namun JDT masih kurang satu perlawanan. Manakala Penang kini berada di tangga kesembilan tanpa sebarang kemenangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram