Advertising
Liga Super: Hatrik Arif Aiman Bantu JDT Tewaskan KL City
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan dominasi dalam saingan Liga Super apabila berjaya menewaskan KL City dengan jaringan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Arif Aiman muncul pemain penting dalam kemenangan bergaya JDT apabila meledak hatrik sekaligus memberikan KL City kekalahan keenam dalam Liga Super musim ini.

Bergson, Heberty, Arif Aiman dan Romel Morales antara pemain bintang yang diturunkan oleh Hector Bidoglio dalam kesebelasan utama JDT malam ini.

Ad

KL City pula mempertaruhkan nama-nama seperti Zhafri Yahya, Giancarlo Gallifuoco, Brendan Gan, Kenny Pallraj serta Kamal Azizi.

Ad

Arif Aiman membuka akaun jaringan buat JDT seawal minit ke-12 perlawanan setelah berjaya menewaskan penjaga gol KL City, Azri Ghani.

JDT kemudian menggandakan kedudukan sekali lagimenerusi gol daripada Arif Aiman pada minit ke-36.

Ad
Ad

Malam gemilang buat Arif Aiman apabila meledak hatrik setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42 permainan.

Ad

Aksi separuh masa pertama tamat dengan JDT selesamendahului KL City 3-0 hasil hatrik daripada Arif Aiman.

Bersambung babak kedua, JDT cuba menambah jaringan menerusi beberapa percubaan ke atas gawang gol KL City namun gagal menerjah jaring.

Kedudukan 3-0 kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan JDT berjaya meraih tiga mata berharga menewaskan KL City.

JDT kekal di tangga pertama liga dengan mengumpul 43 mata dalam 15 perlawanan manakala KL City berada di tangga ke-9 liga dengan mengumpul 14 mata dalam 14 aksi liga super.

JDT dan KL City akan bertembung sekali lagi pada 13 Disember ini untuk aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Cheras.