Advertisement
KL City & JDT Bertemu 3 Kali Dalam Tempoh 14 Hari
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jadual perlawanan KL City bagi bulan Disember menyaksikan skuad Warga Kota ini akan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) sebanyak tiga kali.

Saingan Liga Super minggu ke-16 bakal kembali bersambung bermula pada Rabu, 3 Disember setelah memberi laluan buat jendela antarabangsa FIFA dan pusingan 16 Piala Malaysia.

Enam perlawanan Liga Super bakal menjadi tumpuan ramai antaranya Derbi Borneo melibatkan Kuching City dan Sabah selain pertembungan epik Pantai Timur, Terengganu serta Kelantan DN.

Malah, pertemuan JDT-KL City juga tidak kurang hebatnya memandangkan kedua-dua pasukan dilihat bakal bertemu sebanyak tiga kali dalam tempoh 14 hari di bulan Disember.

Pertembungan pertama di antara JDT dan KL City bakal bermula pada 8 Disember hadapan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim.

Lima hari kemudian, JDT akan berkelana ke ibu kota untuk sekali lagi berdepan KL City dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Cheras.

Aksi suku akhir kedua melibatkan JDT dan KL City pula bakal diadakan pada 21 Disember di Stadium Sultan Ibrahim untuk pertemuan ketiga buat kedua-dua pasukan dalam tempoh 14 hari.