Liga Super: JDT Hampiri Kejuaraan Liga Super Belasah Negeri Sembilan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir untuk bergelar juara Liga Super buat kali ke-9 berturut-turut selepas membenam Negeri Sembilan FC dengan keputusan 3-0.

Pasukan Harimau Selatan turun di gelanggang sendiri dengan barisan pemain terbaik sungguhpun terpaksa melupakan khidmat penyerang sensasi pasukan, Fernando Forestieri.

Serangan demi serangan diatur seawal minit pertama perlawanan namun kekebalan penjaga gol pasukan lawan, Ahmad Syihan Hazmi menafikan setiap peluang awal.

Advertisements

Anak didik K.Devan ini terus mencari ruang bagi memperoleh peluang namun saat terbaik hadir apabila serangan yang direncanakan berjaya disudahkan oleh kapten pasukan Negeri Sembilan, Zaquan Adha namun beliau dalam kedudukan ofsaid.

Namun begitu, selang beberapa minit, pemain sayap sensasi JDT, Arif Aiman Hanapi memecah kebuntuan apabila meledak gol pembukaan menerusi rembatan kencang dari bahagian kanan.

Tidak terhenti di situ, Leandro Velazquez meletakkan Harimau Selatan pada kedudukan selesa menerusi sepakan percuma cantik untuk menewaskan Syihan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, JDT terus mengatur gerak untuk meraih gol ketiga dan tekanan yang dilakukan oleh Corbin Ong berjaya disudahkan oleh Arif untuk gol kedua peribadi.

Gol keempat JDT hadir menerusi Bergson Da Silva apabila rembatan kencangnya gagal ditempis oleh Syihan untuk menutup peluang Negeri Sembilan sebelum gol kelimanya melengkapkan malam indah pasukan.

Kedudukan kekal sehingga ke wisel penamat sekaligus membawa JDT menghampiri takhta Liga Super buat kali ke-9 berturut-turut.

Advertisements

Anak didik Hector Bidoglio kini mengumpul 46 mata selepas 18 perlawanan dan dipisahkan 10 mata dengan pasukan tangga kedua, Sabah FC.

JDT akan bertemu Kedah pada Selasa depan di Stadium Darul Aman sekaligus bakal menjadi venue menjulang trofi Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram