Ads
Liga Super
Johor Southern Tigers

Rekod tanpa kalah JDT dalam Liga Super terus bertahan tanpa dicabar sesiapa. Ini selepas tuan rumah mencatat kemenangan 3-1 ke atas Kedah di Stadium Sultan Ibrahim hari ini.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan JDT menyerang bertubi-tubi pasukan pelawat sejak wisel perlawanan ditiup. Bagaimanapun, semua percubaan mereka tidak mengenai sasaran.

Advertisements

Ketumpulan barisan serangan JDT mengakibatkan Helang Merah mendahului menerusi lambungan cantik Ronald Ngah Wanja pada minit ke-45.

Advertisements

Advertisements

Selepas rehat, pasukan bimbingan Hector Bidoglio itu cuba bangkit. Hasilnya, Bergson da Silva menyempurnakan penalti pada minit ke-50 bagi menyamakan kedudukan untuk tuan rumah.

Syafiq Ahmad menambah derita pelawat dengan menyumbat dua gol pada minit ke-63 dan 68. Bergson melengkapkan malam gemilang JDT dengan gol ke-27 dalam liga musim ini pada minit ke-89.

Advertisements
Advertisements

JDT bakal mengakhiri saingan Liga Super dengan menerima kunjungan Sabah pada 15 Oktober. Manakala anak buah Aidil Sharin Ishak pula berdepan Terengganu di Stadium Darul Aman pada tarikh yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram