Liga Super: Kebangkitan Terengganu Buat Sri Pahang Terduduk
Dunia
Sri Pahang
Advertisements

Perlawanan Liga Super malam ini menyaksikan pertembungan diantara Sri Pahang tewas menentang Terengganu dengan keputusan 1-2 di Stadium Darul Makmur. 

Sri Pahang turun dengan rekod cemerlang selepas mengharungi 5 perlawanan tanpa kalah sementara Terengganu kini berada pada momentum terbaik setelah kembali ke landasan kemenangan minggu lepas. 

Permainan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai perlawanan. 

Advertisements

Tiga minit mula separuh masa kedua Manuel Hidalgo membuka jaringan selepas menyudahkan hantaran lintang daripada pemain sayap Sri Pahang, Azwan Aripin di bhgian sayap kiri.

Pada minit ke-51, Terengganu hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan deras daripada pemain sayap Terengganu, Nik Sharif Haseefy namun mudah dipatahkan oleh penjaga gol Sri Pahang,  Mohamadu Samassa. 

Pemain tengah Terengganu, Habib Haroon berjaya menjaringkan gol buat Terengganu pada minit ke-70 permainan selepas tandukannya berjaya menewaskan penjaga gol Sri Pahang.

Advertisements

Pada minit ke-87, Terengganu mengesahkan kemenangan mereka menerusi pemain import Terengganu, Petrus Shitembi selepas sepakannya terkena pertahanan Sri Pahang lalu melemaskan Samassa.

Tiga minit masa tambahan tidak dapat mengubah keputusan. Keputusan kekal Sri Pahang 1-2 Terengganu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram