Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Harapan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk menebus kehampaan tersingkir dari Piala Malaysia berjaya apabila menewaskan Penang FC 2-1 dalam aksi derby utara tanah air Liga Super hari ini.

Advertisements

Selepas kedua-dua pasukan masing-masing disingkirkan oleh Perak FC dan KL City FC dari Piala Malaysia, aksi tertunda ini diharap membantu membangkitkan kembali semangat pasukan.

Babak pertama menyaksikan Kedah terlebih dahulu di hadapan menerusi Fadzrul Danel Mohd Nizam pada minit ketujuh.

Advertisements

Kelebihan Sang Kenari hanya bertahan 24 minit apabila Sonny Saad menyumbat gol dari jarak dekat menewaskan penjaga gol pelawat, Ifwat Akmal Chek Kassim.

Perlawanan turut menjadi panas gara-gara beberapa insiden kekasaran membabitkan kedua-dua pasukan. Ini memaksa pengadil S. Logeswaran terpaksa melayangkan kad kuning kepada pemain kedua-dua pasukan bagi menenangkan keadaan.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus buntu mencari gol kemenangan biarpun membuat beberapa pertukaran.

Situasi tuan rumah bertambah sukar apabila Adib Abdul Raop dibuang padang oleh Logeswaran selepas mengutip kad kuning kedua.

Tatkala tuan rumah kelihatan berpuas hati dengan satu mata, Moses Atede muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan menewaskan Azfar Arif Mohd Sukri pada minit akhir perlawanan.

Menariknya, itulah gol pertama Atede bersama Kedah selepas menyertai kelab itu dalam tetingkap perpindahan kedua bulan lepas.

Selepas ini, Sang Kenari berdepan tugas sukar menyekat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di Stadium Darul Aman pada 26 Ogos ini. Sekiranya JDT menang di situ, maka gelaran Liga Super akan dimenangi pasukan gergasi selatan tanah air itu buat kali ke-10 berturut-turut.

Manakala Penang pula perlu berdepan PDRM FC pada 27 Ogos ini. Selepas berjaya mengalahkan Selangor FC 2-1 dalam aksi kedua Piala Malaysia, anak-anak buah Datuk Yunus Alif sudah pasti mahu menambah siri perlawanan tanpa kemenangan yang diharungi Harimau Kumbang ketika ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram