Liga Super: Kedah Gah Kalahkan Kuching City
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kedah mencatatkan kemenangan keempat dalam Liga Super musim ini dengan membelasah Kuching City 3-0 di Stadium Darul Aman hari ini.

Tampil sebagai tuan rumah, skuad Kenari yang dibimbing Nafuzi Zain tampil garang di babak pertama. Bagaimanapun, pasukan pelawat yang dibimbing Irfan Bakti tampak selesa menyerap asakan barisan serangan Kedah yang diketuai Willian Lira.

Bagaimanapun, semuanya berubah pada minit ke-28. Bek kanan Kedah, Akmal Zahir melepaskan rembatan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol Kuching City, Julian Schwarzer bagi meletakkan tuan rumah di hadapan.

Advertisements

Gol tersebut memberi keyakinan kepada Kedah untuk memburu gol tambahan. Bagaimanapun, kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Kuching City dibolosi lagi pada minit ke-49. Nama Akmal sekali lagi muncul sebagai penjaring apabila menanduk masuk sepakan sudut bagi meletakkan Kedah mendahului 2-0.

Pasukan pelawat semakin tertekan apabila pemain sayap Argentina, Manuel Hidalgo menyumbat gol ketiga tuan rumah pada minit ke-57. Kedah terus ghairah memburu gol tambahan tetapi keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Bagaimanapun, kemenangan Kedah sedikit tercalar apabila Wan Amirul Afiq dibuang padang pada minit ke-85 selepas mengutip kad kuning kedua. Ini merupakan kad merah kedua Kenari dalam Liga Super musim ini.

Kemenangan ini meletakkan Kenari di tangga ketiga liga dengan 12 mata dengan Kuching City menghuni tangga ke-12. Begitupun, isu disiplin perlu ditangani segera Nafuzi bagi memastikan ia tidak menjejaskan misi pemburuan trofi Kedah musim ini.

Dengan Liga Super berehat seketika disebabkan oleh kalendar pertandingan antarabangsa, perlawanan Kedah seterusnya ialah menentang Sri Pahang di Stadium Darul Makmur pada 1 April.

Advertisements

Manakala Kuching City pula berharap dapat menamatkan siri kekalahan yang dialami mereka dengan menentang PDRM pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram