Liga Super: Kedah Tamatkan Riwayat Selangor
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Rentak kemenangan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Super berterusan apabila berjaya menumbangkan Selangor 3-1 dalam aksi di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Perlawanan dimulakan dengan agak rancak selepas menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengatur gerak serangan untuk mencari gol awal.

Selepas beberapa siri serangan yang dilancarkan, Kedah akhirnya berjaya mendahului pada minit ke-22 melalui pemain import mereka, Ronald Ngah Wanja yang menyambar peluang terhidang hasil sepakan pecuma Mahmoud Al-Mardi.

Advertisements

Serangan Kedah tidak terhenti di situ apabila mereka berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-30 kali ini melalui pertahanan import mereka, Marc Vales. Gol itu juga bermula daripada sepakan percuma yang diambil Syazwan Zainon.

Tersentak dengan gol itu, Selangor menggandakan asakan dalam usaha merapatkan kedudukan dan ianya terbukti berhasil apabila penyerang berbisa Selangor, Caion berjaya menyambar hantaran leret Hein Htet Aung.

Selangor meneruskan serangan untuk menyamakan kedudukan namun benteng Kedah gagal ditembusi untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan kedudukal kekal 2-1.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Selangor terus menekan benteng Kedah untuk menyamakan kedudukan.

Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-58 melalui Mukhairi Ajmal namun rembatan beliau terkena tiang gol dan susulan daripada Quentin Cheng pula melambung tinggi.

Mahmoud Al-Mardi hampir menjaringkan gol pada hujung permainan melalui satu sepakan deras jarak dekat namun rembatan beliau berjaya ditepis Samuel Somerville.

Advertisements

Ketika perlawanan hampir tamat, Kedah berjaya menambah jaringan ketiga melalui Fayadh Zulkifli yang menyudahkan hantaran dari Mahmoud Al-Mardi.

Kedudukan kekal 3-1 memihak pasukan Kedah sehingga tamat perlawanan. Selepas ini, Kedah bakal melayan kunjungan Petaling Jaya City FC pada 1 Oktober manakala Selangor pula akan menentang Melaka United pada tarikh yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram