Liga Super: Kekebalan PDRM Buatkan JDT Berputih Mata
Liga Super
MakanBola
Haziq / MakanBola
Advertisements

Aksi Liga Super pada Rabu menyaksikan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berputih mata setelah terikat seri bersama PDRM di Selayang.

Selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas Terengganu, JDT hadir ke laman Sang Saka Biru dengan misi meraih 3 mata manakala PDRM pula berhasrat untuk bangkit dari kekalahan lalu.

Advertisements

Pengendali JDT, Hector Bidoglio mengekalkan barisan terkuat diketuai Jordi Amat dan Shahrul Saad di benteng pertahanan manakala PDRM pula menurunkan Hakeem Hamidun di pintu gol.

Perlawanan bermula seimbang sepanjang 15 minit pertama aksi dengan PDRM dan JDT masing-masing mempunyai peluang keemasan terutamanya hasil percubaan Juan Muniz dan Bruno Suzuki.

Bekas penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri meledak gol pembukaan permainan setelah menerima hantaran lolos dari rakan sepasukan untuk menewaskan Syihan Hazmi pada minit ke-22.

Advertisements

Walau bagaimanapun, jaringan pendahuluan itu berjaya dipadam oleh pelawat menerusi gol penyamaan pemain gantian, Oscar Arribas pada minit ke-33 untuk mengikat skor 1-1.

Separuh masa tamat, PDRM 1-1 JDT.

Advertisements

Kembali dari rehat, skuad Harimau Selatan tampil lebih bertenaga dengan asakan bertali arus jentera serangan JDT yang diketuai oleh Bergson Da Silva dan Arif Aiman.

Advertisements

Hasrat anak didik Hector Bidoglio untuk meraih jaringan tambahan beberapa kali dinafikan dengan aksi tangkas penjaga gawang PDRM, Hakeem Hamidun.

Aksi di Stadium MP Selayang berakhir dengan keputusan 1-1.

Advertisements

Selepas ini, PDRM akan berdepan Negeri Sembilan pada 11 Ogos manakala JDT menanti kunjungan Kedah dalam kempen Piala FA dan Liga Super pada 4 dan 9 Ogos.

News Comments Account