Rasmi: Liga Super Berwajah Baru, Kini Tampil Dengan 18 Pasukan
Dunia
Advertisements

Struktur saingan Liga Super pada musim hadapan tampil dengan wajah baharu apabila 18 pasukan dijangka bersaing dalam pentas utama bola sepak negara.

Ini juga membawa kepada pemansuhan saingan Liga Perdana dengan enam pasukan bakal dinaikkan ke saingan Liga Super akan bersaing dalam pentas tertinggi bola sepak Malaysia ini.

Ketika ini, saingan Liga Super hanya melibatkan pertarungan antara 12 pasukan sahaja sekaligus menyebabkan setiap pasukan Liga Super hanya bersaing dalam 22 perlawanan sahaja.

Advertisements

Oleh yang demikian, dengan penambahan pasukan secara tidak langsung bakal menyaksikan perlawanan Liga Super meningkat kepada 34 perlawanan dalam satu musim.

Malah, saingan Liga Premier pula akan dimansuhkan bagi MFL merangka semula perancangan yang lebih rapi dengan mengambil kira pelbagai faktor sebelum memuktamadkannya.

Saingan Liga Premier ini bakal digantikan dengan Liga Simpanan dengan pelbagai peraturan baharu bakal diperkenalkan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram