Aksi Liga Super ke-21 melibatkan pertembungan antara Negeri Sembilan dan Melaka United berkesudahan dengan kemenangan sah menjadi milik tuan rumah.
Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik tatkala Negeri Sembilan kini dalam misi ke Asia pada tahun hadapan.
Pasukan pelawat jelas memberi tentangan yang cukup baik pada awal permainan dengan beberapa gerakan yang hampir memerangkap lawan.
Namun begitu, anak didik K. Devan berada dalam kelas tersendiri sebelum berjaya menjaringkan gol pembukaan.
Hobin Jang Hobin memanfaatkan peluang menerusi sepakan penjuru apabila kapten pasukan, Nasrullah Haniff Johan melakukan satu tandukan cantik bagi meletakkan pasukan di hadapan.
Bersambung babak kedua, Melaka United cuba bangkit daripada ketinggalan namun serangan demi serangan berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan tuan rumah.
Melaka United cuba melakukan sesuatu untuk mengubah kedudukan pada akhir permainan namun tidak cukup untuk keputusan perlawanan.
Pasukan tuan rumah terus berada pada kedudukan selesa apabila meledak gol kedua menerusi penyerang import, Gustavo Almeida.
Keputusan ini kekal sehingga wisel penat sekaligus menyaksikan Negeri Sembilan mengumpul 41 mata dan berbaki satu perlawanan menentang Sri Pahang, 15 Oktober kelak.