Liga Super: Penang Raih Kemenangan Sulung Tumbangkan Terengganu
Dunia
Penang FC
Advertisements

Aksi Liga Super diteruskan dengan perlawanan diantara pasukan Penang FC yang melayan kunjungan pasukan Terengganu FC. Keputusan berpihak kepada pasukan Penang dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

Gol-gol Penang dijaringkan oleh Hilal El-Helwe dan T. Saravanan manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh pemain sayap lincah mereka, Faisal Halim.

Perlawanan dimulakan dengan agak rancak apabila kedua-dua pasukan mengatur serangan bagi mencari gol awal namun benteng kedua-dua pasukan kental bertahan.

Advertisements

Penang akhirnya berjaya mendapatkan jaringan pembukaan pada minit ke-23 melalui penyerang berbisa mereka, Hilal El-Helwe yang berjaya menyudahkan hantaran daripada Faizat Ghazli sekali gus menjadikan kedudukan memihak kepada Penang 1-0.

Tersentak dengan gol itu, Terengganu menggandakan asakan melalui gandingan serangan Kpah Shrerman dan Tchetche Kipre namun benteng pertahanan Penang yang diketuai Rafael Vitor kebal mempertahankan benteng mereka.

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan 1-0 memihak pasukan Penang.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Terengganu akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas Faisal Halim berjaya mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-48. Gol tersebut perlu diberikan kredit kepada Nik Sharif yang memulakan serangan balas pantas dari bawah yang terus berjaya membelah pertahanan Terengganu.

Keududukan 1-1 itu tidak kekal lama apabila Penang hanya memerlukan dua minit untuk kembali mendahului apabila T. Saravanan menyudahkan peluang yang terhidang. Beliau menyambar bola hasil tepisan yang kurang kemas oleh penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin.

Tchetche Kipre hampir menyamakan kedudukan buat Terengganu pada minit ke-65 melalui rembatan deras namun rembatannya berjaya diselamatkan di atas garisan gol oleh pemain Penang, Adib Raop.

Advertisements

Kedudukan kekal 2-1 memihak Penang sehingga tamat perlawanan. Kemenangan menewaskan pasukan Terengganu ini merupakan kemenangan sulung Penang dalam saingan Liga Super dan mereka berjaya naik satu anak tangga ke kedudukan ke-11. Manakala ini merupakan kekalahan ketiga buat Terengganu musim ini dan kekal berada di kedudukan ke-7 liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram