Liga Super: Perak FC Longlai, Selangor FC Kenduri Gol
Dunia
Instagram: @selangorfc
Advertisements

Misi meraih kemenangan empat kali berturut-turut tercapai apabila Selangor FC berjaya menundukkan Perak FC, pada aksi Liga Super di Stadium Perak malam ini. Selangor FC yang turun mempertaruhkan formasi 4-3-3 dilihat cemerlang menumbangkan Perak FC 3-0.

Peluang pertama dimiliki Adib Abd Rauf buat pasukan Perak FC pada minit ke-28 apabila gerakannya bijak menewaskan pertahanan Selangor FC. Namun sayang sepakannya itu sedikit tersasar. Permainan tampak seimbang dan saling menyerang ke kubu lawan melalui gerakan satu dua daripada kedua-dua pasukan.

Pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi Oliver Buff sejurus kemasukan Safuwan pada minit ke-42. Kecuaian pertahanan Perak FC mengakibatkan sepakan Oliver Buff meletakkan Selangor FC di hadapan 1-0. 

Advertisements

Sebelum babak pertama perlawanan tamat, Selangor FC menggandakan jaringan apabila sepakan percuma Oliver Buff disempurnakan Ifedayo hasil ‘free header’ cantik menewaskan Azri Ghani pada minit ke-45 permainan. Selangor FC mendahului Perak FC 2-0 di separuh masa pertama. 

Aksi separuh masa kedua bermula dengan Selangor FC melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Mukhairi Ajmal untuk menggantikan Ahmad Danial Asri.

Pada minit ke-57 permainan, Selangor FC berjaya mendapatkan satu sepakan penalti apabila pertahanan Perak FC, Danish Haziq menjatuhkan Oliver Buff. Sepakan itu mudah disempurnakan Ifedayo Olesugon.

Advertisements

Sergio Aguero hampir dapat menewaskan penjaga gol Selangor FC, Khairul Azhan pada minit ke-67 permainan, malangnya sepakan pemain import Perak FC itu melencong ke sebelah kiri gawang.

Pada minit-minit akhir penghujung permainan, percubaan lencong pemain gantian Perak Fc, Muhammad Izzudin cantik ke gawang Selangor FC. Akan tetapi, malangnya sepakan itu tersasar.

Selangor FC catat kemenangan di tempat lawan. Perlawanan tamat, Perak FC 3-0 Selangor FC.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram