Aksi Liga Super hari ini menemukan pasukan PJ City yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua pasukan buntu mencari jaringan apabila separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0.
Bersambung aksi separuh masa kedua, JDT memecah kebuntuan apabila penjaring terbanyak Liga Super, Bergson Da Silva menjaringkan gol pembukaan hasil sepakan penalti.
Pada minit ke-73 permainan, penyerang berbisa Pj City tampil memberi nafas baru buat Pj City apabila beliau menyumbat masuk hantaran Mahali Jasuli.
Pemain gantian, Akhyar Rashid pula mencatat nama sebagai penjaring. Akhyar berjaya merembat masuk bola pada minit ke-85 permainan.
Bagaimanapun, PJ City berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada masa tambahan menerusi Kogileswaran. Kuisan cantik hasil ledakan Kogi itu sekaligus menyaksikan PJ City meraih satu mata berharga pada malam ini.
Empat minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan. PJ City ikat JDT dengan keputusan 1-1.