Liga Super: Sabah Gah Tewaskan PJ City
Dunia
Unifi
Advertisements

Aksi Liga Super ini menemukan tuan rumah, Petaling Jaya City FC (PJ City) yang melayan kunjungan pasukan Sabah FC. Kemenangan berpihak kepada Sabah yang menumbangkan PJ City dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium MBPJ sebentar tadi.

Gol Sabah dijaringkan oleh Taiki Kagayama dan Irfan Fazail manakala gol tunggal PJ City dijaringkan oleh Darren Lok.

Perlawanan dimulakan dengan seimbang dengan kedua-dua pasukan cuba mengawal permainan. PJ City mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada minit ke-24 melalui Darren Lok yang menanduk sepakan percuma dari Ruventhiran. Namun tandukannya sedikit tersasar.

Advertisements

Darren Lok akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-34 selepas beliau menanduk masuk sepakan sudut dari Ruventhiran sekaligus memberikan pendahuluan buat PJ City.

Tersentak dengan gol itu, Sabah cuba mengatur asakan dengan beberapa gerakan merbahaya dari bahagian sayap namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan PJ City.

Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Babak kedua dimulakan dengan tempo pantas ditampilkan pasukan Sabah dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-48. Gol itu terhasil selepas percubaan pertama dari Nazirul Naim berjaya diselamatkan oleh penjaga gol dan Taiki yang tidak dikawal mudah menyempurnakan peluang terhidang.

Amri Yahyah hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-56 buat Sabah namun rembatannya berjaya ditepis Kalamullah.

Pemain gantian akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua buat Sabah pada minit ke-75 selepas menyudahkan hantaran daripada Maxsius Musa.

Advertisements

Tersentak dengan kedudukan itu, PJ City cuba mengasak ke kubu Sabah namun gagal dan kedudukan kekal memihak Sabah dengan keputusan 2-1. Kemenangan ini mengekalkan kedudukan Sabah di tangga kedua Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram