Liga Super: Sabah Bangkit Ikat KL City Di Likas
Dunia
KL City Football
Advertisements

Perlawanan tertunda bagi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Sabah melayan kunjungan KL City di Stadium Likas yang berkesudahan dengan jaringan 2-2.

KL City tidak menunggu lama untuk membuka jaringan pendahuluan menerusi tandukkan pertahanan kental, Giancarlo Gallilifuoco dengan tenang menerima hantaran daripada ketua pasukan, Paulo Josue. 

Pada minit ke-23, Sabah hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan Jackson, namun penjaga gol KL City, Ray Mendoza lebih bersedia. 

Advertisements

Dua minit permulaan separuh masa kedua, Sabah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Dominic Tan yang bijak mengambil peluang ketika Akram Mahinan gagal mengeluarkan bola dengan kemas. 

Pada minit ke-61, Akram Mahinan meletakkan KL City dihadapan selepas mudah menyempurnakan hantaran daripada Paulo Josue menerusi sepakan percuma sekali lagi.

Pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani berjaya menyamakan kedudukan apabila dengan tenang menyempurnakan sepakan percuma menewaskan penjaga gol Kl City pada minit ke-85 permainan.

Advertisements

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Sabah 2-2 KL City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram