Liga Super: Sabah Cemerlang Benam Sri Pahang Di Likas
Dunia
Unifi
Advertisements

Perlawanan ke-10 Liga Super (LS10) ini menemukan Sabah FC dan Sri Pahang FC. Sabah yang beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri berjaya menewaskan Sri Pahang dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.

Gol-gol Sabah dijaringkan oleh Neto Pessoa dan Taiki Kagayama. Manakala gol Sri Pahang dijaringkan oleh Manuel Hidalgo.

Sabah memulakan perlawanan dengan garang apabila seawal minit ke-4 mereka hampir didepan melalui penyerang import mereka, Neto Pessoa namun rembatan Neto menggegar tiang.

Advertisements

Hasil serangan bertali arus, Sabah akhirnya mendapatkan gol pertama perlawanan pada minit ke-10 melalui sentuhan mudah Neto Pessoa di hadapan gawang Sri Pahang hasil hantaran lintang dari Tommy Mawat Bada. Sabah didepan 1-0 mendahului Sri Pahang.

Belum sempat Sri Pahang mengatur serangan, Sabah terus menjarakkan kedudukan pada minit ke-18 melalui pemain import dari Jepun, Taiki Kagayama. Gol ini sangat menarik kerana ianya hasil larian solo yang memperdaya beberapa pemain pertahanan Sri Pahang.

Pasukan Sri Pahang dilihat bergelut untuk melancarkan serangan dengan pemain Sabah dilihat sangat berdisiplin di setiap posisi. Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan memihak Sabah 2-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Sabah berpeluang menambah jaringan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-55. Namun begitu sepakan penalti yang diambil kapten pasukan Sabah, Baddrol Bakhtiar melambung tinggi.

Selang lima minit selepas itu, Sri Pahang pula dihadiahkan kepada pasukan Sri Pahang selepas Sean Gan Giannelli diajatuhkan oleh Rizal Ghazali. Manuel Hidalgo yang mengambil sepakan itu mudah menewaskan Khairul Fahmi untuk merapatkan kedudukan menjadi 2-1.

Sabah sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-73 dan kali ini Neto Pessoa yang mengambil sepakan penalti. Namun sepakan yang diambil Neto berjaya diselamatkan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan.

Advertisements

Amri Yahyah hampir menambah jaringan pada masa tambahan melalui sepakan percuma namun sepakannya sedikit tersasar.

Perlawanan ditamatkan dengan kedudukan kekal memihak Sabah menewaskan Sri Pahang FC 2-1. Selepas ini, Sabah akan menentang Selangor FC pada 25 Jun di Stadium Shah Alam manakala Sri Pahang akan berdepan Negeri Sembilan pada tarikh yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram