Liga Super: Sabah Tamatkan Tentangan Hebat Perak
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Sabah FC melebarkan siri kemenangan mereka kepada lima kemenangan dalam semua kejohanan apabila menewaskan Perak FC 1-0 hari ini.

Skuad Badak berharap dapat meneruskan momentum cemerlang selepas layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC.

Sementara skuad Seladang pula mahu bangkit selepas dibelasah Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super pada musim lepas.

Advertisements

Menyedari kekuatan pelawat, Yusri Che Lah mengatur formasi 4-4-1 dengan menitikberatkan soal pertahanan dan disiplin dari segi kawalan bola.

Strategi tersebut menyebabkan Sabah yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee bergelut mencipta peluang pada babak pertama. Dan itu cukup memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Kim Swee memasukkan Rawilson Batuil dan Jafri Firdaus Chew untuk memperkemas rentak serangan Sabah.

Advertisements

Walaupun lebih banyak serangan digerakkan pada babak kedua, pelawat masih bergelut mencari gol pembukaan.

Malah, setiap gerakan serangan Sabah berjaya dibaca barisan pertahanan tuan rumah diketuai bek tengah Sweden-Filipina, Jesper Nyholm.

Pada akhirnya, skuad Badak berjaya meraih gol pembukaan menerusi kapten Park Tae-su pada minit ke-85.

Advertisements

Hantaran jauh Gabriel Peres mudah ditanduk Telmo Castanheira sebelum ditolak masuk bek tengah berusia 34 tahun itu. Itu sudah cukup untuk menjamin kemenangan 1-0 Sabah di Stadium Perak.

Sabah akan menutup kempen Liga Super dengan menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 17 Disember. Manakala Perak pula menentang Terengganu FC pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram