Liga Super: Selangor Bukan Tandingan JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi Liga Super hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Selangor FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan JDT menang bergaya di laman sendiri. 

Seawal minit ketiga permainan, gawang Selangor FC telah dibolosi hasil daripada percubaan menarik Bergson Da Silva. Rembatan kencang Bergson cantik meluru masuk menggegar jaring.

Pada minit ke-24 permainan, penjaga gol Selangor FC Khairul Azhan Khalid terpedaya dengan percubaan terus penyerang JDT, Fernando Forestieri menerusi sepakan percuma. Kebijaksanaan Fernando Foreistieri memastikan JDT selesa mendahului dua gol dihadapan. 

Advertisements

Leandro Velazquez terus menghukum kealpaan pertahanan pasukan Selangor apabila beliau menjaringkan gol ketiga perlawanan. Ledakan berkelas dunia Leandro menurup tirai babak pertama perlawanan.

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan JDT 3-0 Selangor.

Babak separuh masa kedua menyaksikan Johor Darul Ta’zim kekal mendominasi permainan apabila banyak serangan diarahkan ke kawasan pasukan pelawat.

Advertisements

Bergson Da Silva terus membuktikan kemampuan sebenar apabila ketajamannya menjadi nadi kepada kecemerlangan aksi anak buah Benjamin Mora.

Pada minit ke-53 permainan, rembatan dari penjuru kanan padang daripada Bergson telah memaksa Khairul Azhan Khalid melakukan kesilapan. Percubaan Bergson cantik masuk ke gawang Selangor.

Pasukan Selangor berjaya mencuri satu gol menerusi pemain gantian, Nor Hakim Hassan. Percubaan kaki kiri Hakim cantik meluru masuk ke gawang JDT sekaligus menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias.

Advertisements

Jaringan Nor Hakim itu tidak cukup buat Selangor mengikat JDT. Sumareh melengkapkan malam gemilang JDT dengan jaringan kelima menerusi tandukan.

30,142 ribu penonton yang hadir ke stadium hari ini menjadi saksi kepada kemenangan Johor Darul Ta’zim. Perlawanan tamat, JDT 5-1 Selangor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram