Liga Super: Selangor Diikat KL City Di Kelana Jaya
Dunia
unifi
Advertisements

Perlawanan Liga Super ini menemukan dua pasukan Lembah Klang iaitu Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City). Perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ sebentar tadi.

Gol Selangor dijaringkan oleh Brendan Gan manakala gol KL City dijaringkan oleh Romel Morales.

Di awal permainan, perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan cuba menguasai perlawanan. Selangor dilihat lebih agresif menyerang.

Advertisements

Romel Morales hampir meletakkan KL City di depan pada minit ke-22 namun rembatan jarak dekat beliau berjaya diselamatkan Sam Sommerville di gawang Selangor.

Ketiadaan Caion jelas dirasai Selangor selepas gandingan penyerang Hyuri dan Shahrel Fikri dilihat sedikit bergelut untuk melepasi pertahanan KL City.

Selangor akhirnya di hadapan pada minit ke-37 selepas rembatan deras yang dilepaskan Brendan Gan membias kepada pertahanan KL City lalu menerjah gawang untuk kedudukan 1-0 memihak Selangor.

Advertisements

Hein Htet Aung hampir menambah jaringan untuk Selangor pada minit ke-45 namun percubaannya diselamatkan Kevin Mendoza.

Separuh masa pertama akhirnya ditamatkan dengan kedudukan kekal memihak Selangor 1-0.

Separuh masa kedua dimulakan dengan Selangor menguasai permainan dan pasukan KL City juga dilihat menyerang untuk mencari jaringan penyamaan.

Advertisements

Selangor menerima tamparan hebat selepas terpaksa beraksi 10 pemain setelah Ahmad Zikri Khalili diperintah keluar padang pada minit ke-55 selepas dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah.

KL City dihadiahkan sepakan penalti pada selepas Jordan Mintah dijatuhkan oleh Sharul Nazeem. Romel Morales yang mengambil sepakan itu gagal menyudahkanya selepas Sam Sommerville sekali lagi bertindak cemerlang untuk menyelamatkan penalti tersebut.

Romel Morales akhirnya mengubati kekecewaan gagal menjaringkan penalti selepas beliau meledak pada minit ke-68 selepas menanduk hantaran lintang dari Irfan Zakaria sekaligus menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Advertisements

Selangor dilihat tertekan dan hilang penguasaan bola selepas beraksi kurang seorang pemain dan KL City mula menyerang bertali arus.

Wisel penamat akhirnya ditiup dan kedudukan kekal 1-1. Keputusan seri ini mengekalkan Selangor di tangga ke-5 liga dan KL City juga kekal di tangga ke-7 liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram