Liga Super: Selangor Diikat Sabah Di Kelana Jaya
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Perlawanan Liga Super ini menemukan pasukan tuan rumah, Selangor FC yang melayan kunjungan pasukan Sabah FC. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ sebentar tadi.

Gol Selangor dihasilkan oleh Caion manakala gol Sabah dijaringkan oleh Saddil Ramdani.

Perlawanan dimulakan dengan Selangor tidak menunggu lama untuk berada di hadapan selepas penyerang mereka, Herlison Caion meledak seawal minit ke-3. Caion berjaya melepasi perangkap ofsaid dan terus melepaskan rembatan untuk menewaskan Khairul Fahmi di gawang Sabah FC.

Advertisements

Pada minit ke-12, Brendan Gan hampir menjarakkan kedudukan namun sepakan beliau berjaya ditepis oleh penjaga gol.

Hyuri Henrique mempunyai peluang keemasan pada minit ke-30 namun beliau gagal menyudahkan peluang terhidang selepas percubaannya tersasar.

Separuh masa pertama akhirnya ditamatkan selepas 2 minit masa tambahan diberikan. Kedudukan kekal 1-0 memihak pasukan Selangor.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Sabah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani berjaya mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-53. Gol tersebut terhasil selepas Saddil berjaya memperdaya Fazly Mazlan dan beberapa pertahanan Selangor sebelum melepaskan rembatan deras menewaskan Sam Somerville.

Tersentak dengan gol tersebut, Selangor melancarkan beberapa serangan namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang.

Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kedudukan terikat 1-1. Keputusan seri ini mengekalkan kedudukan Selangor di tangga ke-6 liga manakala Sabah juga mengekalkan kedudukan mereka di tangga kedua liga.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram