Liga Super: Selangor Mengamuk Ikat JDT
Dunia
Johor Southern Tiger’s
Advertisements

Perlawanan Liga Super ini menemukan dua pasukan iaitu Selangor selaku tuan rumah yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi.

Pasukan Selangor memulakan permainan dengan kawalan bola yang baik dan beberapa serangan yang dilakukan namun dapat dihalang oleh benteng JDT.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi pasukan JDT apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas pengadil mengesan kekasaran yang dilakukan Yazan Alarab kepada Arif Aiman pada minit ke-35 permainan. 

Advertisements

Peluang itu digunakan Bergson Da Silva sebaiknya bagi membuka tirai jaringan dengan menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-33 permainan sekali gus mencetak gol ke-21 peribadinya musim ini.

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan JDT 1-0 Selangor. 

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan berbalas-balas gerak serangan namun benteng pertahanan kedua-dua pasukan dilihat ampuh dalam mengekang segala asakan.

Advertisements

Selangor meneruskan gerak serangan dan Caion memberi asakan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-65 melalui rembatan dari dalam kotak penalti sekaligus menjadikan kedudukan 1-1.

Selepas terhasilnya gol tersebut, Selangor memperlahankan rentak permainan dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek dan JDT jelas sekali hanya mampu bertahan.

Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan. Wisel penamat akhirnya ditiup dan keputusan perlawanan seri Selangor 1-1 JDT.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram