Liga Super: Selangor Mudah Atasi Sri Pahang
Dunia
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Perlawanan tertunda LS2 menyaksikan pertemuan antara pasukan Selangor FC yang melayan kunjungan Sri Pahang FC di Stadium MBPJ. Pasukan tuan rumah berjaya mengutip tiga mata setelah menewaskan Sri Pahang 3-1.

Babak pertama perlawanan memperlihatkan pasukan Merah Kuning banyak mendominasi perlawanan apabila acap kali menyerang ke kubu lawan. Banyak percubaan terhasil menerusi penyerang The Red Giant kearah gawang Sri Pahang.

Advertisements

Gol pertama perlawanan telah hadir pada minit ke-37 permainan menerusi penyerang import Selangor, Caion. Hantaran lintang bek kanan Selangor, Quentin Cheng mudah disempurnakan oleh Caion dengan satu tandukan tepat.

Memasuki babak kedua perlawanan, anak buah Michael Feichtenbeiner mula dengan garang apabila berjaya meledak jaringan kedua buat pasukan.

Pada minit ke-52 permainan, import dari Brazil, Hyuri Henrique pula mencetak nama selaku penjaring. Rembatan kencang Hyuri gagal diselamatkan penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa.

Advertisements

Tersentak dengan jaringan tersebut, Sri Pahang terus bangkit, merapatkan jurang jaringan menerusi general tengah kebangsaan, Nor Azam Azih.

Advertisements

Pada minit ke-63 permainan, Azam Azoh berjaya menjaringkan gol pertama buat Sri Pahang. Gerakan pertahanan Sri Pahang, Azwan Aripin tenang dimanfaatkan Azam Azih dengan satu rembatan leret menewaskan kapten pasukan Selangor, Khairul Azhan Khalid.

Yazan Al-Arab menurup tirai kemenangan pasukan Selangor FC, apabila tandukkannya memastikan kemenangan buat pasukan Selangor.

Keputusan tamat Selangor 3-1 Sri Pahang.

News Comments Account