Liga Super: Senarai Perlawanan Minggu 11, Waktu, Lokasi & Siaran TV
Liga Super
MakanBola
MFL
Advertisements

Selepas perlawanan minggu ke-10, kemeriahan saingan Liga Super diteruskan dengan aksi minggu ke-11.

Hari perlawanan minggu 10 menyaksikan lima pasukan meraih kemenangan. Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC masing-masing meraih kemenangan besar ke atas Penang FC dan Kuching City FC.

Advertisements

Perak FC pula mencuri tiga mata daripada Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Manakala Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pula menjadi mangsa 5-0 KL City FC di Cheras.

Perlawanan ini juga menyaksikan tonggak Harimau Malaya, Paulo Josue menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman KL City dengan 69 gol.

Advertisements

Sementara Sri Pahang FC pula akhirnya meraih kemenangan kedua liga dengan membelasah PDRM FC 5-1. Kpah Sherman dan Stefano Brundo masing-masing meledakkan dua gol dalam perlawanan itu.

Satu-satunya perlawanan yang menyaksikan keputusan seri ialah aksi Sabah FC dan Terengganu FC pada 15 September. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan penyerang baru Sang Badak, Joao Pedro membuka akaun golnya.

Advertisements

Aksi minggu ke-11 bakal berlangsung dari 20 hingga 22 September. Satu-satunya perlawanan minggu 11 yang berlangsung pada 28 September ialah aksi membabitkan Terengganu dan Selangor.

Ini disebabkan Selangor tidak mempunyai hari rehat selepas mengharungi kempen Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dengan Muangthong United pada 19 September.

Advertisements

Waktu, Lokasi & Siaran TV Liga Super

1-Kedah Darul Aman vs Sri Pahang

Advertisements

Tarikh: 20 September 2024 (Jumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Darul Aman, Alor Setar
Siaran Langsung: RTM Klik dan TV Okey

2-PDRM vs Sabah

Advertisements

Tarikh: 21 September 2024 (Sabtu)
Masa: 5.30 Petang
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Siaran Langsung: Astro Arena

3-Perak vs KL City

Advertisements

Tarikh: 21 September 2024 (Sabtu)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Perak, Ipoh
Siaran Langsung: Astro Arena

4-Penang vs Negeri Sembilan

Advertisements

Tarikh: 22 September 2024 (Ahad)
Masa: 5.30 Petang
Venue: Stadium Bandaraya
Siaran Langsung: RTM Klik, TV Okey dan Sukan RTM

5-Kelantan Darul Naim vs Johor Darul Ta’zim

Advertisements

Tarikh: 22 September 2024 (Ahad)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim
Siaran Langsung: Astro Arena

6-Terengganu vs Selangor

Advertisements

Tarikh: 28 September 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Siaran Langsung: Astro Arena

News Comments Account