Liga Super: Negeri Sembilan Ratah Sarawak United

E36BDB9B C1D6 465B AF00 C5DE55871D0F Liga Super: Negeri Sembilan Ratah Sarawak United
Azri Haziq @azrihazq
10:29pm 06/05/2022

Pertembungan LS7 antara pasukan Sarawak United FC dan Negeri Sembilan FC dijadualkan berlangsung di Stadium Negeri, Kuching Sarawak. Pasukan pelawat berjaya mengutip tiga mata penuh menewaskan Sarawak United 2-1.

Babak separuh masa pertama menyaksikan Sarawak United lebih mendominasi bahagian serangan apabila banyak percubaan dan rembatan tepat kearah gawang NSFC dihasilkan. Gandingan Beto bersama Francis Kone memperlihatkan SUFC sedang berada dalam kondisi terbaik.

Bagaimanapun ketangkasan penjaga gol serta disiplin barisan pertahanan yang ditampilkan Skuad Jang telah mengekang gawang NSFC dari dibolosi.

Separuh masa pertama tamat SUFC 0-0 NSFC.

Separuh masa kedua bermula dengan gol pembukaan dihasilkan Sarawak United pada minit ke-51 permainan. Boris Kok membuka akaun jaringan apabila menewaskan penjaga gol NSFC, Shihan Azmi.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pada minit ke-64 permainan, Herold Goulan menyamakan kedudukan perlawanan menerusi jaringan sepakan penalti yang diberikan pengadil. Ayam tambatan Skuad Jang itu mudah sempurnakan peluang terbaik tersebut.

Negeri Sembilan terus bangkit menjaringkan gol kedua menerusi Matheus Alves pada minit ke-69 permainan. Rembatan dari luar kotak penalti itu cantik mengegar jaring dan menewaskan penjaga gol SUFC, Sharbinee Allawee.

4 minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan. Skuad Jang catat keputusan positif, menewaskan Sarawak United 2-1.