Liga Super: Sri Pahang Kemarau Kemenangan, Diikat PJ City Di Darul Makmur
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Perlawanan Liga Super di antara Sri Pahang FC menentang Petaling Jaya City FC (PJ City) berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 buat kedua-dua pasukan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi.

PJ City memulakan perlawanan dengan positif selepas melakukan serangan dilakukan seawal minit pertama melalui Darren Lok. Namun rembatan penyerang berbisa PJ City itu mudah ditepis oleh Mamadou Samassa.

Sri Pahang juga hampir mendahului pada minit ke-3 melalui Malik Mat Ariff, namun rembatannya hanya singgah ke sisi jaring PJ City jagaan Kalamullah Al-Hafiz.

Advertisements

Malik sekali lagi berpeluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-11 hasil sepakan percuma dari Azam Azih. Namun tandukan Malik tidak tepat ke sasaran.

Pemain import Sri Pahang dari Laos, Billy Ketkeo hampir saja memberikan pendahuluan buat Sri Pahang pada minit ke-14 namun rembatannya hanya sedikit tersasar ke kiri gawang PJ City.

Sri Pahang dilihat lebih bernafsu untuk mendapatkan gol selepas beberapa siri serangan yang dilancarkan. Manakala PJ City dilihat lebih bertahan dan untuk 20 minit pertama perlawanan.

Advertisements

Serangan terus dilancarkan Sri Pahang. Kali ini menerusi Manuel Hidalgo yang merembat deras dari luar panalti pada minit ke-22, namun rembatannya menggegar palang manakala rembatan susulan dari Azam Azih tersasar sedikit.

Pada minit ke-32, S. Kumaahran hampir menjaringkan gol melalui satu gerakan solo hasil serangan balas pantas. Namun rembatannya berjaya ditepis Samassa. Kumaahran juga punyai peluang terbaik pada minit ke-32 namun tandukan jarak dekat Kumaahran berjaya diselamatkan pertahanan Sri Pahang.

Sri Pahang akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-38 melalui pemain lincah mereka Manuel Hidalgo. Segalanya bermula apabila Hidalgo memulakan larian deras secara solo dari bahagian tengah padang dan beliau tidak menunggu lama untuk merembat deras menewaskan Kalamullah. Sri Pahang mendahului Pj City 1-0.

Advertisements

Selepas gol Sri Pahang terhasil, tiada percubaan yang merbahaya dari kedua-dua pasukan dan separuh masa pertama tamat dengan Sri Pahang mendahului PJ City 1-0.

Bersambung babak kedua, Sri Pahang maneruskan aksi positif dan Billy Ketkeo punyai peluang pada minit ke-47 namun rembatannya dari luar kotak penalti jauh tersasar.

Pada minit ke-57, Nasir Basharudin hampir saja menjaringkan gol sendiri selepas beliau cuba melakukan ‘clearance’ dengan menanduk ke belakang. PJ City bernasib baik apabila Kalamullah sempat menguis keluar bola tersebut.

Advertisements

Sri Pahang terus melakukan asakan ke kubu PJ City. Pada minit ke-61, Malik Mat Ariff hampir menggandakan kedudukan buat Sri Pahang, namun rembatan lencong menarik beliau hanya sedikit tersasar ke sisi gawang.

PJ City yang dilihat kurang mengancam hampir saja menyamakan kedudukan pada minit ke-67 namun rembatan jarak dekat Nasir Basharudin jauh tersasar.

Kedua-dua pasukan agak bergelut dalam melancarkan serangan dengan banyak kehilangan bola di tengah padang. Tambahan pula, barisan pertahanan kedua-dua pasukan dilihat ampuh dalam mengekang asakan.

PJ City mendapat peluang terbaik pada minit ke-82 namun rembatan Barath Kumar berjaya ditepis oleh Samasaa.

Pada minit ke-86, akhirnya PJ City berjaya menyamakan kedudukan melalui Barath Kumar melalui rembatan voli menarik dari luar kotak penalti sekaligus mengikat kedudukan menjadi 1-1.

PJ City hampir menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 namun tandukan dari pemain gantian Khyril Muhymeen berjaya diselamatkan Samassa.

Perlawanan ditamatkan dengan tiada jaringan tambahan oleh kedua-dua pasukan. Keputusan seri ini menjadikan pasukan Sri Pahang masih mencariu kemenangan pertama selepas tewas kepada Kedah Darul Aman FC Rabu lalu. Manakala buat PJ City, ini merupakan keputusan seri pertama mereka selepas 4 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram