JDT terus gah di persada Liga Super walaupun terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sri Pahang hari ini.
Perlawanan ditangguhkan selama 95 minit berikutan hujan lebat di Kuantan. Ini mengakibatkan padang di Stadium Darul Makmur basah dan digenangi air.
Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut mempamerkan corak permainan menarik dan kemas. Kedudukan seri tanpa jaringan kekal sehingga rehat.
Selepas rehat, Pahang dan JDT cuba memecah kebuntuan tetapi usaha mereka tidak kesampaian. Keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga tamat wisel permainan.
Sri Pahang akan bertemu dengan Sabah untuk perlawanan liga seterusnya pada 11 Oktober. Manakala Harimau Selatan pula akan melayan kunjungan Kedah pada tarikh yang sama.