Liga Super: Sri Pahang Menang Bergaya Tundukkan Penang
Dunia
Sri Pahang
Advertisements

Aksi Liga Super LS17 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Penang dan Sri Pahang. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang ini menyaksikan pasukan Sri Pahang berjaya mengutip tiga mata berharga di laman lawan

Gol pertama perlawanan terhasil pada minit ke-44 permainan menerusi pemain import Sri Pahang, Steven Rodriquez. Ledakan beliau cantik mengegar jaring menewaskan penjaga gol Penang, Shafiq Afifi.

Jaringan Rodriquez sekaligus meletakkan Sri Pahang mendahului di hadapan bagi babak pertama perlawanan. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan Sri Pahang 1-0 Penang. 

Advertisements

Babak kedua bermula dengan jaringan penyamaan berjaya dihasilkan oleh pasukan tuan rumah. Penang cuba bangkit menerusi Rafael Vitor apabila beliau mudah menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil pada minit ke-65 permainan. 

Pada minit ke-74 permainan, Sri Pahang terus menghukum kealpaan barisan pertahanan Penang apabila Steven Rodriquez sekali mencatat nama sebagai penjaring apabila beliau memanfaatkan hantaran cantik daripada Azam Azih.

Advertisements

Perlawanan terus rancak dengan jaringan tambahan daripada anak buah Dollah Salleh berjaya dihasilkan menerusi David Rowley pada minit ke-80 permainan. David Rowley tenang menanduk masuk bola ke gawang setelah menerima hantaran cantik daripada Manuel Hidalgo.

Selang empat minit selepas itu, pemain import Penang, Lucas Silva memanfaatkan peluang menerusi kesilapan pemain tengah Sri Pahang, Azam Azih yang menghantar bola membahayakan kubu sendiri. Bola itu terus disambar Lucas dengan satu jaringan, bagaimanapun ia tidak cukup untuk menyamakan kedudukan.

Advertisements

Skuad kndalian Zainal Abidin Hassan terpaksa akur dengan kekalahan keenam berturut-turut yang telah mereka catatkan. Perlawanan tamat dengan keputusan Penang 2-3 Sri Pahang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram