Ads
Dunia
Sri Pahang

Aksi Liga Super LS18 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Sri Pahang dan KL City FC.

Advertisements

Babak separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat lebih banyak mengasak ke kubu Sri Pahang. Banyak gerakan dari bahagian tengah KL City yang berjaya memacu serangan skuad kendalian Bojan Hodak.

Advertisements

Pada minit ke-31 permainan, pemain muda KL City berjaya menjaringkan gol pembukaan. Jaringan Haqimi Azim sekaligus meletakkan KL City mendahului babak pertama perlawanan dengan 1-0. 

Advertisements

Advertisements

Aksi separuh masa kedua menyaksikan pasukan Sri Pahang masih tumpul untuk memecah kebuntuan. Bahagian tengah KL City tampak sungguh dominan dan cukup efektif dalam mengumpan bola kepada penyerang.

Pada minit ke-72 permainan, Zhafri Yahya menambat derita buat Sri Pahang apabila beliau mencatat nama sebagai penjaring. Kualiti penyudah Zhafri sekaligus melengkapkan malam gemilang KL City. 

Advertisements
Advertisements

Pasukan Sri Pahang terpaksa akur dengan kehebatan KL City. Sri Pahang tewas, 0-2 KL City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram