Liga Super: Tan Cheng Hoe Lulus Ujian Pertama
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Aksi Liga Super LS19 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Selangor dan Melaka United. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ Kelana Jaya menyaksikan Selangor cemerlang menewaskan Melaka United dengan keputusan 5-0.

Selangor yang turun dengan percaturan pengendali baharu, Tan Cheng Hoe jelas menunjukkan persembahan memukau menerusi gandingan Norhakim Hassan, Htet Aung dan Herlison Caion di bahagian serangan.

Gol pembukaan terhasil menerusi gerakan tersusun Htet Aung dari sebelah kanan padang. Hantaran Htet Aung disudahkan sempurna oleh Norhakim Hassan. 

Advertisements

Pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal menutup tirai aksi separuh masa pertama dengan ledakan dari luar kotak penalti. Percubaan Mukhairi cantik menggegar jaring Melaka United.

Babak kedua perlawanan menyaksikan Selangor terus agresif memburu jaringan. Pada minit ke-66 permainan, Brendan Gan berjaya menjaringkan gol ketiga buat Selangor. Ledakan Brendan mudah menewaskan penjaga gawang Melaka, Norazlan Razali.

Dalam pada itu, insiden layangan kad merah mencemari perlawanan selepas Wan Zaharulnizam melakukan kekasaran terhadap pertahanan tengah Selangor, Sharul Nazeem.

Advertisements

Brendan Gan terus menggembirakan hati penyokong Selangor apabila beliau sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring dengan satu tandukan kencang. 

Penyerang import Selangor, Herlison Caion melengkapkan malam gemilang buat Merah Kuning apabila beliau tenang menyudahkan sepakan penalti selepas pengadil perlawanan mengesan kekasaran yang dilakukan terhadap Aliff Haiqal.

Selangor tampil garang dalam perlawanan pertama di bawah kendalian Tan Cheng Hoe, menewaskan Melaka United dengan keputusan 5-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram