Liga Super: Tandukan Afro Julang Selangor Tewaskan Negeri Sembilan
Liga Super
Selangor fc
Advertisements

Perlawanan Liga Super 2023 malam ini menyaksikan Selangor melayan kunjungan Negeri Sembilan yang berkesudahan dengan keputusan 2-1 di Stadium MBPJ sebentar tadi.

Perlawanan bermula rancak dengan Selangor memiliki peluang untuk menjaringkan gol seawal minit ke-10 melalui sepakan Ayron tepat ke arah gol, namun ditampan Sikh Izhan.

Negeri Sembilan cuba mengatur serangan balas menerusi larian deras Casagrande mencari peluang untuk membolosi pertahanan Selangor.

Advertisements

Bagaimanapun, percubaan lemah daripada penyerang lincah itu mudah tidak berhasil mudah ditangkap Azhan.

Akhirnya, Negeri Sembilan memecahkan kebuntuan di Stadium MBPJ menerusi sepakan penalti Mark Goulon sekaligus meletakkan Negeri Sembilan FC dihadapan pada separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Selangor terus meningkatkan intensiti serangan sehingga memaksa pertahanan Negeri Sembilan.

Advertisements

Peluang yang terhidang digunakan sepenuhnya oleh Faisal Halim untuk meledak gol penyamaan buat Selangor pada minit ke-55.

Selangor melengkapkan jaringan kedua terhadap Negeri Sembilan pada minit ke-92 hasil jaringan Shahrul Nazeem.

Perlawanan berakhir dengan Selangor menang selesa 2-1 terhadap skuad Jang di Stadium MBPJ.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram