Advertisements
Liga Super: Terengganu Beri Penang Kekalahan Ke-7
Liga Super
MakanBola
Penang FC

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Terengganu berjaya merakamkan kemenangan ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kedua-dua pasukan membarisakan kesebelasan utama terbaik bagi memburu kemenangan dalam minggu ke-15 Liga Super.

Selepas setengah jam permainan, Ubaidullah Shamsul membuka jaringan pertama Terengganu menerusi tandukan selepas hantaran lintang daripada Azam Azmi Murad. 

Peluang terbaik Pulau Pinang untuk menyamakan kedudukan menerusi Dylan Wenzel-Halls namun berjaya diselamatkan penjaga gol Terengganu, Rahadiazli. 

Separuh masa pertama tamat, Terengganu 1-0 Pulau Pinang.

Tiga pertukaran dibuat oleh Tomislav Steinbruckner dengan memasukkan Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Alif Zakaria.

Terengganu mempunyai peluang terbaik menerusi Chukwu Chijioke namun penjaga gol Pulau Pinang, Shafiq Afifi pada minit ke-90 permainan.

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Terengganu berjaya mendapatkan tiga mata berharga di laman sendiri.

Pulau Pinang ketika ini mencatatkan rekod 7 kekalahan dalam saingan Liga Super sekaligus berada di tangga ke-11 dengan 11 mata. 

Terengganu kini kekal di tangga ke-4 Liga dengan 21 mata beza dua mata dengan Sabah di tangga ke-3.