Liga Super: Terengganu Buat Sri Pahang Gigit Jari
Dunia
Sri Pahang
Advertisements

Aksi Liga Super hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Terengganu dan Sri Pahang. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan pasukan Terengganu mengutip tiga mata berharga.

Babak pertama perlawanan bermula dengan gol awal berjaya dihasilkan pasukan tuan rumah. Pada minit pertama permainan, Kpah Sherman berjaya memerangkap kealpaan barisan pertahanan Sri Pahang dengan satu rembatan deras menembusi gawang. 

Selepas jaringan dihasilkan, pasukan Terengganu dilihat lebih selesa mendominasi permainan tatkala banyak serangan ke gawang Sri Pahang dilakukan. Bagaimanapun, pertahanan Sri Pahang beberapa kali telah menggagalkan ruang untuk pasukan Terengganu terus meledak.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan Terengganu 1-0 Sri Pahang. 

Babak separuh masa kedua permainan menyaksikan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati dalam merencanakan serangan. 

Sri Pahang beberapa kali berjaya mengatur asakan dan dilihat lebih banyak mendominasi permainan. Namun kealpaan Sri Pahang sekali lagi dihukum apabila pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti buat pasukan Terengganu. 

Advertisements

Pemain sayap lincah, Muhammad Faisal Halim pada minit ke-80 permainan mudah menyempurnakan sepakan penalti sekaligus menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa.

Sebelum tamat permainan, Malik Arif menjaringkan gol sulung buat Sri Pahang. Pada minit ke-87 permainan, Malik berjaya melepaskan satu percubaan menewaskan penjaga gol Suhaimi Hussin.

Perlawanan tamat, Terengganu 2-1 Sri Pahang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram