Lilitan Kapten Bawa Tuah Buat Syafiq Ahmad
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Aksi terakhir saingan Kumpulan E menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Bangladesh dengan keputusan 4-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah, melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2023.

Peranan yang dimainkan kapten Harimau Malaya, Syafiq Ahmad semestinya menjadi nadi kepada kecemerlangan pasukan. Syafiq yang diberi kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan telah membuktikan kemampuan sebenar, bermain dengan penuh jiwa buat skuad negara.

Pada babak pertama perlawanan, Syafiq Ahmad beberapa kali dilihat memiliki peluang untuk memberikan gol buat pasukan negara.

Advertisements

Pada minit ke-44 permainan, percubaan Syafiq hampir menembusi jaring, apabila hantaran daripada Matt Davies disudahkan dengan satu tandukan kencang. Bagaimanapun, penjaga gol Bangladesh, Anisur Rahman berjaya menepis keluar tandukan Syafiq.

Menjelang babak kedua permainan, Syafiq Ahmad akhirnya berjaya mencatat nama sebagai penjaring. Hantaran cantik Faisal Halim telah disempurnakan Syafiq dengan satu tandukan menewaskan penjaga gol Bangladesh. Jaringan tersebut sekaligus meletakkan Malaysia selesa mendahului 3-1 dihadapan.

Pada minit ke-57 permainan, lorongan cantik Dion Cools buat Syafiq tenang disudahkan ke gawang Bangladesh. Namun jaringan itu dibatalkan kerana beliau dikesan offside. Syafiq bagaimanapun telah dikeluarkan dan Darren Lok dimasukkan.

Advertisements

Ternyata, khidmay Syafiq Ahmad cukup besar dalam merencana serta menganggakan asakan buat kem Harimau Malaya. Lilitan kapten yang diberikan buat beliau pada hari ini telah membawa tuah melayakkan Malaysia ke pentas Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram