Bekas Pengarah NFDP, Lim Teong Kim yang kini menetap di Munich, Jerman gembira dengan perkhabaran berkenaan perpindahan Syafiq Ahmad ke pasukan lain secara pinjaman.

Beliau percaya dengan kebolehan Syafiq Dan ingin melihat pemain tersebut menerima lebih peluang beraksi di atas padang seperti yang dilaporkan portal Majoriti.


“Syafiq adalah pemain yang bagus dan beliau memerlukan lebih banyak minit permainan untuk mematangkan kemahirannya.”

“Saya berharap dia dapat bermain dengan pasukan lain sama ada JDT melepaskannya secara pinjaman,” katanya kepada Majoriti.


Syafiq Ahmad sebelum ini diberikan peluang beraksi secara kerap bersama skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura namun kelihatan sedikit bergelut mencari rentak yang dimilkinya sebelum ini.

Rata-rata penyokong bola sepak Malaysia turut bergembira dengan berita perpindahan pinjaman Syafiq Ahmad Dan yakin pemain kelahiran Sungai Ara ini akan kembali bangkit.