Lim Teong Kim Kembali ‘Berbakti’ Di Malaysia
Harimau Malaya
Perak FC
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim bakal kembali ke Malaysia setelah lama menyepi dari arena bola sepak tempatan.

Jurulatih berusia 58 tahun itu kembali ke Malaysia pada awal tahun lalu untuk membimbing The Bos Gaurus namun hanya bertahan selama setengah musim.

Hal ini susulan persembahan yang kurang memberangsangkan oleh pasukan utara tanah air itu sekaligus peranannya diambil alih oleh Yusri Che Lah.

Advertisements

Lagenda negara ini bagaimanapun kembali menghangatkan arena bola sepak Malaysia selepas bakal menjadi salah seorang panel penganalisis bagi aksi Piala Asia 2023.

Perkara ini diumumkan oleh Astro Arena dengan kehadiran beberapa nama besar seperti Dato Dollah Salleh, Datuk Ong Kim Swee turut memeriahkan.

Terdapat juga beberapa nama bekas pemain lain seperti Safee Sali, Razman Roslan, Shahrom Kalam, Matyo dan juga Zaquan Adha (Negeri Sembilan) bakal memeriahkan.

Advertisements

Malaysia akan membuka langkah berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan pada 16 Januari 2023.

Analisis yang bakal disampaikan oleh barisan berpengalaman ini juga bakal memberi gambaran kepada penyokong untuk memberi gambaran yang jelas tentang aksi Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram