Dunia
Advertisements

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim ketika diminta mengulas berkenaan punca kekalahan skuad kebangsaan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjelaskan bahawa kesilapan asas menjadi antara punca Malaysia tewas ke atas UAE.

Dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia berkenaan, Malaysia tewas 4-0 menerusi dua jaringan Ali Mabkhout dan Fábio Virginio de Lima.

Lim Teong Kim

“Saya tidak bercakap mereka tiada semangat, mereka bermain dengan semangat namun membuat kesilapan asas yang mudah.”

Advertisements

“Kadang kala apabila kamu meninggalkan posisi, situasi dua pemain, di situlah kamu akan memperoleh akibatnya.”

“Sebagai contoh, pemain pertahanan seperti Corbin Ong, dia meninggalkan posisinya, 10 meter dari pemain lawan dan ia agak jauh. Tidak perlu meminta pemain menjadi agresif. Tanya diri sendiri, jika saya keluar dari posisi, bolehkah saya memenangi bola?”

“Untuk pemain muda (bawah 16 tahun), mereka mungkin akan melakukan kesilapan seperti ini dan ianya berbeza untuk perlawanan bertaraf antarabangsa, apabila kamu melakukan kesilapan seperti itu, kamu akan menerima akibatnya.”

Advertisements

“Mereka pasti ada perancangan, dan saya tidak tahu apa peracangan jurulatih. Malaysia ketinggalan dan ingin menyerang tetapi sebagai contoh dua pertahanan tengah naik ke atas dan Syamer Kutty juga naik. Ia membuka ruang kepada UAE. Siapa yang akan menjaga pemain lawan?”

“Garisan pertahan terlalu tinggi dan pemain tidak tahu memberikan reaksi kepada perkara tersebut. Ini satu masalah.” Jelas Lim Teong Kim kepada The Bola Show.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram