Lim Teong Kim Lunas Janji Kepada Penyokong Perak
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Selepas 4 perlawanan dilalui, akhirnya Perak FC menemui kemenangan pertama selepas berjaya menumbangkan pendatang baharu Liga Super, Kuching City FC dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh malam tadi.

Kedua-dua gol Perak dijaringkan oleh penyerang import dari Korea Selatan, Seonung Seo pada minit ke-41 dan minit ke-58. Dengan kemenangan itu, Perak kini berada di kedudukan ke-6 Liga Super dengan mengumpul lima mata.

Sebelum perlawanan bermula, pengendali Perak, Datuk Lim Teong Kim ada berjanji kepada semua penyokong yang hadir bahawa pasukan kendaliannya akan beraksi dengan sehabis baik dan mahu penyokong pulang ke rumah dengan hati yang seronok.

Advertisements

“Saya boleh janji yang kita akan beri yang terbaik untuk penonton-penonton yang datang ke stadium. Jadi kita tidak mahu menghampakan penyokong yang datang membantu kami. Ini tanggungjawab kami untuk memastikan mereka pulang dengan hati yang seronok,” jelas Teong Kim dalam satu temubual bersama Astro Arena.

Teong Kim sudah tentu merasa lega dan puas hati apabila dapat melunaskan janji beliau selepas memberikan kemenangan pertama buat Perak musim ini. Perak akan meneruskan saingan Liga Super selepas ini dengan melayan kunjungan Sri Pahang FC di Stadium Ipoh pada 16 Mac ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram