Lim Teong Kim: Datang Tempat Kami, Saya Bagi Mereka Main
Dunia
Perak FC
Advertisements

Ketua jurulatih baharu Perak FC, Lim Teong Kim memberi bayangan untuk memantapkan pasukan dengan kudrat pemainn tempatan pada musim hadapan.

Beliau yang memiliki pengalaman luas bersama pasukan bawah 19 tahun Bayern Munich di Jerman akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia.

Pihak pengurusan baharu Perak dilihat berjaya membuka pintu hati Teong Kim untuk membimbing pasukan dan memacu kebangkitan The Bos Gaurus musim depan.

Advertisements

Katanya, beliau mahu mengetengahkan lebih ramai bakat tempatan dalam skuad kendaliannya.

Malah, jurulatih berusia 54 tahun itu turut menegaskan bahawa Perak tidak akan menggunakan kuota 9 pemain import secara maksimum.

“Pemain import bukan keutamaan  saya untuk pasukan ini. Kami ingin lihat ramai pemain tempatan bermain.”

Advertisements

Teong Kim yang pernah menjadi pengarah teknikal di NFDP berkata, beliau amat memahami situasi pemain tempatan yang jarang mendapat ruang dan minit permainan bersama kelab.

“Saya faham perasaan pemain tempatan apabila duduk di bangku simpanan. Datang tempat kami , saya akan beri mereka (pemain tempatan) bermain,” jelasnya.

Perak kini dalam usaha merevolusikan pasukan selepas berada pada kedudukan kedua tercorot musim ini dengan 8 mata.

Advertisements

Kehadiran Teong Kim juga amat penting bagi mengubah hala tuju pasukan tersebut pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram