Lim Teong Kim: Semangat Saja Tidak Cukup
Dunia
BBST
Advertisements

Kegagalan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF Suzuki edisi kali ini jelas mendapat perhatian ramai pihak terutamanya bekas penolong jurulatih Bayern Munich U19, Lim Teong King ada memberi pandangannya mengenai barisan pemain yang mewakili kejohanan tersebut.

Bekas pengendali NFDP Malaysia, Lim Teong King, beliau berpendapat bahawa barisan pemain yang dibawa bukan punca utama kemelut sebenar bola sepak Malaysia. Barisan pemain sudah memberikan seluruh tenaga habis-habisan untuk mewakili skuad negara.

Namun, apa yang perlu difokuskan adalah dari segi kecergasan fizikal dan mental pemain untuk mengharungi kejohanan tersebut. Beliau menegaskan bahawa semangat sahaja tidak boleh menentukan segalannya dalam sesuatu perlawanan.

Advertisements

Tambah Kim, pemahaman taktikal apabila berhadapan dengan pasukan gergasi seperti Vietnam dan Indonesia juga antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh kerana menentang pasukan tersebut permainan akan sentiasa berintensiti tinggi.

“Tapi semangat sahaja tidak cukup untuk memenangi perlawanan. Perlu juga mempunyai kebolehan dan keupayaan yang tinggi, kekuatan mental dan pemahaman taktikal serta kecergasan yang baik untuk mengharungi pertandingan antarabangsa.

“Ada pemain yang dipilih tidak cukup minit permainan, menyebabkan keadaan kecergasan fizikal dan mental, dan pemahaman taktikal mereka tidak bersedia berdepan perlawanan besar seperti menentang Vietnam dan Indonesia.

Advertisements

Mengulas lanjut, bekas pemain malaysia ini menyatakan bahawa gaya badan (body language) pemain dalam padang jelas kelihatan tidak bersedia. Ia adalah situasi yang boleh memberikan kelebihan terhadap pihak lawan.

Jelas Kim, para pemain perlu ada kebolehan mengawal tempo permainan, jangan mudah melepaskan bola kerana itu antara punca serangan balas yang boleh dilakukan pihak lawan.

Perlawanan antarabangsa memerlukan stamina yang tinggi. Jika kekuatan tersebut tidak setanding dengan pasukan yang lain adalah masalah bagi skuad negara.

Advertisements

“Ini kita boleh lihat dari segi body language (gaya badan) pemain apabila berada di padang. Mereka kelihatan tidak bersedia dan mudah dikalahkan oleh pihak lawan.

“Pemain sentiasa kejar bola dan akhirnya menjadi letih. Sebab itu pentingnya kebolehan individu (kecergasan) dalam perlawanan antarabangsa. Mereka perlukan banyak tenaga, jika tak setaraf antarabangsa, ini jadi masalah,” kata LTK kepada Majoriti.

“Bola sepak bukan sekadar semangat. Mesti simpan (kawal) bola dan main bola.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram