Lim Teong Kim: Tanam Durian Pun Kena Tunggu 7 Tahun
Liga Super
Azri / MakanBola
Advertisements

Pengendali Perak, Datuk Lim Teong Kim percaya pemain muda Perak perlukan masa sebelum mendapatkan tuai hasilnya jika mereka memberi fokus yang tinggi kepadanya. 

Membawa harapan besar peminat yang masih menunggu kemenangan kedua Perak, namun mereka tewas di tangan anak buah Bojan Hodak malam tadi dengan keputusan 1-0. 

Ada beberapa video temubual daripada Teong Kim telah menjadi tumpuan peminat susulan kontroversi yang dicetusnya selepas aksi berdepan JDT. Beliau akui tidak ada niat jahat dengan mana-mana pihak media, dan meminta maaf jika ada dikalangan media terasa dengan beliau.

Advertisements

“Saya beri peluang kepada pemain muda untuk beraksi, sampai sekarang mereka tidak pernah menghampakan saya.”

“Mereka faham dengan taktikal, tetapi perlukan masa, baru berlatih lima enam bulan. Sabar dan berikan saya masa.”

“Wartawan tanya, saya tak dengar. Semasa itu stadium sangat riau. Saya tidak ada niat lain kepada media. Tetapi jika saya membuat kesilapan saya mintak maaf.” katanya kepada sidang media selepas perlawanan.

Advertisements

Perak bakal menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada Rabu, 19 April 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram