Lim Teong Kim Tidak Faham Kenapa Liga Perdana Dimansuhkan
Dunia
Perak Football Club
Advertisements

Pengendali Perak, Datuk Lim Teong Kim berpendapat langkah Malaysian Football League (MFL) memansuhkan saingan Liga Perdana, sebagai langkah yang tidak membantu perkembangan pemain.

Lim Teong Kim mengakui penstrukturan semula dibuat MFL bagi merancakkan Liga Malaysia termasuk dengan menambah bilangan pasukan dalam saingan Liga Super adalah langkah bagus.

Namun dalam masa sama menurutnya saingan Liga Perdana tetap perlu diteruskan kerana itu platform terbaik untuk perkembangan potensi pemain memandangkan Liga Malaysia mempunyai lambakkan pemain.

Advertisements

Baginya, untuk mereka bermain di Liga Simpanan tidak sesuai kerana saingan itu lebih memfokuskan kepada pembangunan pemain muda (B-23).

“Bagi saya, Liga Super itu bagus kerana lebih banyak pasukan bermain tetapi sayangnya divisyen dua tiada, jadi ramai (pemain) yang tiada kerja.

“Ini membantutkan perkembangan bola sepak kita kerana sekarang ramai pemain perlukan masa itu untuk berkembang tetapi tiada peluang untuk bermain di sana.

Advertisements

“Tidak sesuai untuk mereka main di liga bawahan (Liga Simpanan) yang terlalu rendah untuk perkembangan mereka. Ini bukan kritikan tetapi satu fakta.

“Memang bagus apa yang dilakukan MFL itu (penstrukturan) tetapi saya tidak faham mengapa liga divisyen dua itu tiada. Ramai pemain akan jual pisang goreng,” ujarnya Lim Teong Kim yang pertama kali membimbing pasukan Liga Malaysia.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika sidang media pra-perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan di Stadium Bolasepak Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur pada Jumaat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram