Lim Teong Kim Tolak Cadangan B. Sathianathan?
Liga Super
perakfcofficial
Advertisements

Setiap jurulatih di dunia ini sudah tentu mempunyai prinsip tersendiri tentang apa yang mereka mahu lakukan kepada pasukan kendalian mereka. Tidak ketinggalan dalam situasi ini adalah pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim.

Falsafah Teong Kim yang sangat sinonim dengan tenaga-tenaga muda sudah lama diketahui. Berpengalaman menjadi jurulatih skuad belia Bayern Munich, kini Teong Kim mengggunakan pendekatan yang sama di Perak.

Pada aksi Liga Super yang menemukan Perak FC dan Kuala Lumpur City FC semalam, skuad kendalian Teong Kim tewas tipis 0-1. Teong Kim hanya menurunkan seorang sahaja pemain import berbanding jumlah import dan pemain kacukan yang lebih ramai di KL City.

Advertisements

Walaupun seorang import sahaja yang diturunkan, Perak tetap berjaya menguasai perlawanan terutamanya separuh masa kedua. Selepas tamat perlawanan, Astro Arena telah menemubual Teong Kim dan turut ada ketika itu adalah bekas jurulatih Harimau Malaya, B. Sathianathan.

Dalam temubual itu, Sathianathan meluahkan rasa teruja dengan corak permainan Perak. Walaupun Perak tewas, namun beliau percaya keputusan akan berubah jika Perak berjaya mendapatkan seorang pemain penyerang import berpengalaman. Cadangan tersebut tidak dipersetujui Teong Kim.

“Saya sangat terkesima melihat permainan Perak di separuh masa kedua di mana pemain menguasai tengah secara total. Tapi saya merasakan, jika anda mempunyai seorang penyerang import, ia akan memberikan perubahan besar,” kata Sathianathan kepada Teong Kim.

Advertisements

Teong Kim dilihat masih teguh dengan prinsip penggunaan pemain lokal muda dan tidak bersetuju dengan cadangan Sathianathan.

“Saya tak bersetuju dengan itu. Sebab itu saya kata, bertenanglah. Bagi saya bekerja dengan budak-budak ini. Kita ada penyerang muda seperti Amirul, Shafizi. Mereka perlu masa,” jelas Teong Kim.

Dalam pada itu, Teong Kim mengakui bahawa pertahanan tengah lokal agak sukar untuk menghalang penyerang-penyerang import pasukan lawan namun beliau percaya jika diberikan masa, pemain muda ini akan meningkat naik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram