Piala AFF Mitshibushi Electric 2022 sudah melabuh tirai, skuad Harimau Malaya terkandas di pusingan separuh akhir dengan Thailand.
Ianya bukanlah suatu pencapaian yang gagal buat skuad Harimau Malaya. Malah, banyak perkara yang positif memberi impak besar kali ini.
Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell beri bayangan beberapa pemain muda dan pemain naturalisasi berpotensi untuk memiliki caps antarabangsa.
“Pemain muda layak untuk diberi peluang untuk beraksi di peringkat antarabangsa serta Lee Tuck dan Aguero. Kita tidak perlu kecewa kerana tewas kerana banyak perkara yang positif yang diperoleh.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Stuart Wilkin, Shahrul Nazeem, Haqimi Azim Rosli antaran pilihan yang cukup berpotensi untuk diserap.
Lima pemain dilihat memberi impak yang besar dalam skuad kali ini meskipun kesemuanya baru kali pertama beraksi dalam saingan Piala AFF edisi kali ini.
Piala Asia 2023 dijadualkan akan berlangsung pada bulan Januari 2024 di Qatar nanti. Sudah pasti barisan kempimpinan Kim Pan-gon mempunyai ramuan terbaik untuk membentuk skuad yang mantap.