Blog
Getty Images
Advertisements

Kehadiran penyerang berbisa Uruguay, Darwin Nunez ke dalam skuad Liverpool ternyata memberikan kegembiraan buat para penyokong yang sentiasa mendambakan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas gagal untuk dua musim berturut-turut.

Namun dengan reputasi luar biasa Darwin Nunez dalam kancah bola sepak eropah, pastinya bekas penyerang Benfica itu akan belajar daripada kegagalan enam bekas penyerang Liverpool yang gagal menyerlah ketika beraksi buat skuad The Reds.

Christian Benteke

Advertisements
Christian Benteke Lima Penyerang Liverpool Yang Pasti Tidak Akan Menjadi Contoh Buat Darwin Nunez

Kehadiran Benteke ke Liverpool adalah dengan reputasi yang membanggakan sebagai penyerang berbisa di Aston Villa. Beliau dibeli Liverpool dengan harga 32 juta pound.

Namun perjalanan Benteke bukan seindah yang disangka. Beliau bergelut untuk menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan Liverpool yang pada ketika itu dikendalikan oleh Brendan Rogers.

Benteke berjaya meledak 10 gol dalam 40 penampilan bersama Liverpool. Dengan kehadiran pengendali Jurgen Klopp di Liverpool, khidmat Benteke di Liverpool bertambah samar dan beliau dijual ke Crystal Palace hanya selepas semusim bersama Liverpool.

Advertisements

Mario Balotelli

Balotelli tiba dari AC Milan pada 2014 dengan harga 16 juta pound tetapi beliau dilepaskan secara percuma ke kelab Perancis, OGC Nice. Beliau menghabiskan masa dua tahun di Liverpool dengan hanya meledak satu gol dalam saingan liga.

Sikap Balotelli menjadi masalah terbsesar sepanjang berada di Liverpool. Beliau dituduh tidak menghormati kapten Liverpool ketika itu, Steven Gerrard dengan rakan sepasukannya yang lain juga kurang berpuas hati dengan persembahan Balotelli di atas padang.

Advertisements

Balotelli juga menarik perhatian negatif di luar padang selepas dikenakan larangan memandu pada Disember 2014 selepas ditangkap memandu laju.

Fernando Morientes

Morientes tiba pada 2005 dengan reputasi besar selepas konsisten menjaringkan gol buat Real Madrid untuk beberapa musim.

Advertisements

Beliau memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah tiga kali bersama Los Blancos tetapi gagal mengulangi prestasinya di England, apabila hanya menjaringkan 12 gol dalam 61 perlawanan buat Liverpool. Morientes akhirnya dijual ke Valencia hanya selepas satu musim beraksi bersama Liverpool.

Iago Aspas

Penyerang dari Sepanyol ini hadir ke Liverpool dengan harga 7 juta pound. Namun begitu Aspas gagal untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama dengan melihat Luis Suarez dan Daniel Sturridge sentiasa menjadi pilihan utama Brendan Rogers ketika itu.

Aspas hanya mampu menjaringkan satu gol dalam 15 penampilan bersama Liverpool.

Walaupun gagal menyinar di Liverpool, Aspas kembali menemui sentuhan berbisanya bersama Celta Vigo sehingga kini.

Andy Carroll

Pemain penyerang tinggi lampai ini hadir ke Liverpool dengan rekod jaringan hebat bersama Newcastle United. Liverpool mendapatkan Carroll dengan harga 35 juta pound.

Namun kecederaan yang kerap membelenggu pemain ini membataskan beliau untuk memperagakan aksi terbaik bersama Liverpool. Beliau meledak 11 gol dalam 58 penampilan untuk Liverpool.

Carroll akhirnya dijual kepada West Ham dengan harga 15 juta pound. Beliau menghabiskan masa enam tahun yang sarat dengan siri kecederaan di West Ham, dan akhirnya beliau dilepaskan pada 2019 pada penghujung kontraknya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram