Lionel Messi Bakal Kekal Di PSG
Dunia
Fabrizio Romano
Advertisements

Jodoh legenda Barcelona, Lionel Messi dengan Paris Saint Germain kelihatan masih panjang. Ini selepas satu laporan mendedahkan Messi telah mencapai persetujuan dari segi prinsip untuk menyambung kontrak baru dengan kelab gergasi Perancis itu.

Sebelum ini, dengan baki kontrak setahun sehingga musim panas tahun hadapan, Messi telah dikaitkan dengan kepulangan ke Barca atau menyertai kelab MLS, Inter Miami. Tetapi penyerang tersebut tidak mendedahkan rancangan masa depannya bagi membolehkannya membantu pasukan Argentina menjulang Piala Dunia 2022.

Tetapi menurut wartawan Sepanyol, Guillem Balague, kemungkinan Messi pulang ke Nou Camp dilihat tipis. Ini kerana Barcelona tidak pernah berhubung dengan kem pemain tersebut termasuk bapa dan ejennya, Jorge. Sementara laporan Messi bakal menyertai Inter Miami yang dimiliki oleh legenda England, David Beckham juga dinafikan sebagai berita palsu.

Advertisements

“Jadi, ini bukan soal Messi tidak mahu kembali ke Barcelona. Beliau tidak pernah ditanya soalan tersebut. Messi gembira dengan semua ini dan bila beliau pulang dari bercuti, persetujuan itu akan dipercepatkan. Kehidupannya di Paris seimbang, gembira, semua orang menikmatinya dan beliau juga mempunyai kemungkinan besar memenangi Liga Juara-Juara Eropah sekali lagi. Malah, itu akan membantunya menjadi calon Ballon d’Or,” kata Balague.

Persetujuan ini dicapai hasil perbincangan selama empat bulan antara Jorge dengan pengarah sukan PSG, Luis Campos. Ia kemudiannya disusuli dengan satu mesyuarat penting di Doha, Qatar dengan pengerusi kelab, Nasser Al-Khelaifi. Messi dijangka memeterai kontrak baru selama setahun dengan pilihan lanjutan kontrak setahun bersama PSG.

Legenda Barcelona itu menyertai PSG secara percuma pada musim panas 2021. Ini selepas Barcelona tidak berupaya memenuhi terma kontraknya yang lumayan disebabkan kelab Catalan itu berdepan masalah kewangan yang serius. Messi membantu PSG menjulang kejuaraan Ligue 1 musim lepas dan membuat 53 penampilan dan 23 gol dalam semua kejohanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram