Lionel Messi Diserbu Dan Hampir Dicederakan Ketika Sedang Bercuti Bersama Keluarga
MakanBola
Twitter @JuanG_Arango
Sponsors

Setelah berjaya membawa Argentina menjulang trofi Copa Amerika, Lionel Messi mengambil peluang untuk meluangkan masa bercuti bersama famili tercinta di Miami. Namun pemain Argentina itu tidak dapat berehat secukupnya dek kerana beberapa peminat yang terdesak untuk bersua foto dengannya.

Lionel Messi

Segalanya bermula apabila salah seorang peminat beliau ternampak kelibat bintang Argentina itu di sebuah kafe yang diberi nama Kafe Ragazzi. Kafe Ragazzi terletak di sebelah utara Miami. Berita kehadiran Messi di kafe tersebut tersebar dengan sangat pantas di kalangan peminat beliau. Situasi menjadi tidak terkawal apabila ratusan peminat beliau berkumpul di hadapan kafe untuk berjumpa dengan idola mereka.

Ad
Sponsors
View this post on Instagram

A post shared by Cafe Ragazzi (@caferagazzi)

Ad

Keadaan huru-hara berlaku ketika Messi mahu keluar meninggalkan kafe. Peminat-peminat yang berkumpul di luar kafe tidak menunggu lama untuk terus menyerbu Messi ketika bintang Barcelona itu berjalan melepasi pintu keluar.

Messi yang terpaksa diiringi petugas keselamatan kelihatan tidak mampu untuk menghalang peminat dari menyerbu beliau. Petugas keselamatan juga tidak dapat memberikan perlindungan yang maksimum kepada Messi oleh kerana bilangan peminat yang menyerbu pada ketika itu agak ramai.

Ad
https://twitter.com/JuanG_Arango/status/1416054884282126342
Ad