Liridon Krasniqi Buat Penyokong Terengganu Tersenyum Semula
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Kemasukan raja gelek Liga Malaysia, Liridon Krasniqi ke dalam pasukan Terengganu sudah mula memancarkan bibit-bibit indah dalam bola sepak kelab tersebut.

Pemain kelahiran Kosovo ini berpidah daripada sebuah kelab Liga 1 Thailand bagi mendapatkan semula rentak permainannya.

Malah, kemasukan pemain berusia 31 tahun ini amat diperlukan dalam memantapkan lagi jentera tengah pasukan Pantai Timur itu yang bakal beraksi di Piala Asia tahun ini.

Advertisements

Dalam aksi berdepan Chonburi hari ini, para penyokong jelas berpuas hati dengan aksi Liridon mengemudi jentera tengah pasukan.

“Sedap Matdon (Liridon) tiki-taka tengah tu.”

Advertisements

“Menjadi sangat sentuhan Liridon, terbaik!” ujar Hazwan Arif.

Malah, gandingan dengan pemain yang diberikan peranan baharu, Arif Fadzillah turut mendapat pujian penyokong.

Advertisements

“Sedap juga tengok Liridon dan Arif kawal bahagian tengah,” jelas Ahmad Fareez.

Terengganu mencatatkan keputusan positif dalam aksi di Bangkok hari ini apabila menewaskan pasukan gergasi Thailand, Chonburi FC dengan keputusan 1-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram